SELEBRITI IDOLA SAYA

ASSALAMUALAIKUM..........




NAMA SAYA NUR YASMIN BINTI HANAFI. SAYA INGIN MENCERITAKAN TENTANG SELEBRITI IDOLA SAYA DI MALAYSIA.





Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang peragawati, usahawan dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur dan juga seorang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, Mira Filzah juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya. Bukan hanya itu, beliau juga mempunyai koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS.





Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain. Pada 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Baru-baru ini, beliau telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports. Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada Mac 2017, Neelofa diumumkan bakal menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.




Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri  nama pentas Elfira Loy merupakan seorang pelakon remaja Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 8 Mac 1994 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Dia yang terkenal dengan watak popular dalam Cinta Itu Buta , Persis , Biar Mimpi Sampai Ke Bintang , Selaginya Ada Cinta dan Chinta. Beliau popular menerusi watak Qalesya dalam drama bersiri Qalesya yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan di Astro Prima pada tahun 2009 dan 2010. Adik-beradiknya, Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy , juga merupakan seorang pelakon yang memainkan watak dalam Oh My English. Elfira juga memainkan watak sebagai Amirah di Disney Waktu Rehat dan memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.





Nur Fazura Binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura (beliau juga dikreditkan sebagai Fazura Sharifuddin atau Fazura sahaja) merupakan pelakon, pengacara, model, penyanyi dan VJ wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu. Fazura dikenali sebagai salah satu pelakon dan selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah yang "bergaya" dan "menawan". Sehingga 2010, Beliau telah berlakon sebanyak 10 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen. Beliau juga menjadi juri di rancangan televisyen komedi Maharaja Lawak Mega. Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Fazura telah menjadi jurucakap bagi pelbagai produk seperti Pantene, Nutox dan Lux. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau merakamkan single sulungnya, "Sayangi Dirimu" pada 14 Disember 2014, lagu ini menjadi lagu tema rancangan dokumentari biografinya, Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E!.






Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin (dilahirkan pada 25 Mei 1984) atau lebih dikenali sebagai Siti Elizad (beliau juga dikreditkan sebagai Elizad Sharifuddin) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994.Kemunculannya pada era 1990an sezaman dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani,  dan Liyana Jasmay serta pelakon lain yang mula aktif sejak 1990an.


SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA, NUR YASMIN BINTI HANAFI. 
WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

































Comments

Popular posts from this blog

UNIT BERUNIFORM

HOBI SAYA

SUKAN DAN PERMAINAN