DRAMA- DRAMA TANAH AIR

ASSALAMUALAIKUM..........




NAMA SAYA NUR YASMIN BINTI HANAFI. SAYA INGIN MENCERITAKAN TENTANG SINOPSIS DRAMA- DRAMA TANAH AIR YANG DIMINATI RAMAI.






Image result for sinopsis my darling inspektor daniel
https://www.youtube.com/watch?v=pXumzeO7aVI
https://www.youtube.com/watch?v=U9oMZ3sSgMg
https://www.youtube.com/watch?v=F69_Uv4Lo7M

My Darling, Inspektor Daniel ialah sebuah drama percintaan Malaysia 2017 yang bersiaran mulai 31 Julai 2017 di Astro Ria, terbitan Skop Productions dan arahan Aziz M. Osman. Dibintangi oleh Aaron Aziz dan Siti Elizad.
Kisah Inspektor Daniel yang berpindah ke balai polis baru. Dia bekerja dengan Inspektor Hannah, yang mula menaruh perasaan kepadanya. Sementara itu, Maya paranoid apabila "stalker" mula cuba dekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk buat laporan polis dan Inspektor Daniel ditugaskan untuk menguruskan kes itu. Inspektor Daniel dan Maya mula rapat menyebabkan Inspektor Hannah mula cemburu.






Image result for hero seorang cinderella sinopsis
https://www.youtube.com/watch?v=Jj8Ta5EwOa0
https://www.youtube.com/watch?v=-4BUyAXPCgg
https://www.youtube.com/watch?v=tFw6n0QxbQw
https://www.youtube.com/watch?v=dz7W5YAzGvY
https://www.youtube.com/watch?v=Y7TTW0sN-Sw
https://www.youtube.com/watch?v=xLFLF-ub6Rg
https://www.youtube.com/watch?v=yc6nCeFWnME
https://www.youtube.com/watch?v=cawabnpfsl8
https://www.youtube.com/watch?v=hk3ner2aM5w
https://www.youtube.com/watch?v=NETOCQeR7q4
https://www.youtube.com/watch?v=olfV7xrLE8Y
https://www.youtube.com/watch?v=yMQa0w8yvJ0
https://www.youtube.com/watch?v=Fy293bUGyTw
https://www.youtube.com/watch?v=PGmeLRNEkQM
https://www.youtube.com/watch?v=gs8ku4Y9fj0
https://www.youtube.com/watch?v=KHohPhM6Yxs
https://www.youtube.com/watch?v=9yimDtcz1NY
https://www.youtube.com/watch?v=pwJ9Wxcxc4w
Hero Seorang Cinderella merupakan sebuah drama bergenre cinta yang berbahasa Melayu di negara Malaysia. Drama yang merangkumi 24 episod ini mula ditayangkan pada 22 Mei 2017. Drama ini diadaptasi daripada novel karya asal Anjell.

Drama ini mengisahkan seorang Cinderella bernama Nura Medina (Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Puan Sri Mawar (Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri Emallyn (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Tan Sri Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi, Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya sebagai seorang hero penyelamat.









Kimchi Untuk Awak ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 yang diadaptasi dari novel karya Suri Ryana dengan judul sama arahan Micheal Ang. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Mac 2017 dan dibintangi oleh Emma Maembong, Aiman Hakim Ridza, Janna Nick dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Dark Wave Pictures.
Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan (Aiman Hakim Ridza) dan Bella (Emma Maembong). Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengan Kak Longnya (Dira Abu Zahar) untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri (Natasha Elyzza).Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara (Janna Nick) pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella.




SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA, NUR YASMIN BINTI HANAFI. 
WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
























Comments

Popular posts from this blog

UNIT BERUNIFORM

SUKAN DAN PERMAINAN

HOBI SAYA